Isnin, 13 Julai 2009

KENALI EMAS

Apa Itu Emas

Emas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au (L.aurum) dan nombor atom 79. Emas merupakan logam lembut, berkilat,berwarna kuning, tumpat, mudah ditempa, mulur, logam peralihan (trivalen dan univalen ), dan stabil, iaitu tidak bertindak balas dengankebanyakan bahan kimia. Walau bagaimanapun emas boleh diserang oleh klorin, fluorin dan akua regia. Logam ini selalunya hadir dalam bentuk ketulan nugget di dalam batuan dan longgokan aluvium. Emas juga merupakan salah satu logam untuk pembuatan duit syiling.Emas digunakan sebagai piawai mata wang untuk banyak negara dan digunakan dalam industri barang kemas, pergigian, dan elektronik. Kod matawang ISO bagi emas ialah XAU.

Sifat Emas

Emas ialah unsur logam yang berwarna kuning berkilauan tetapi boleh juga berwarna seperti delima atau hitam apabila dibahagi dengan halus.Larukan koloid emas pula mempunyai warna berkeamatan tinggi yang biasanya berwarna ungu. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan,mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna birudiserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning. Emas juga merupakan logam yang paling boleh tempa dan dimulurkan. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1auns kepada 300 kaki². Emas biasanya dialoikan dengan logam yang lainuntuk menjadikannya lebih keras.Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhioleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.Emas tulen mengandungi antara 8% dan 10% perak, tetapi biasanya kandungan tersebut lebih tinggi. Aloi semula jadi dengan kandungan perak yang tinggi dipanggil elektrum. Apabila kuantiti perak bertambah, warnanya menjadi lebih putih dan ketumpatan tentunya berkurangan.Aloi dengan kuprum menghasilkan logam kemerahan, aloi besi berwarna hijau,dan aloi aluminum berwarna ungu. Barang kemas yang dibuat dengan kombinasi emas yang berwarna dijual di Amerika Syarikat dan dikenali sebagai emas Black Hills.Keadaan pengoksidaan emas yang biasa termasuk +1 dan +3.

Sejarah Emas

Emas telah diketahui sebagai sangat berharga sejak zaman prasejarah lagi.Hieroglif Mesir (2600 SM) mengatakan logam dan emas ada dinyatakan beberapa kali dalam Perjanjian Lama (Old Testament). Penjelajahan orang Eropah (pada zaman penjelajahan Eropah) ke benua Amerika digalakkan oleh pelbagai berita yang menyatakan bahawa bahan hiasan emas digunakan secara berleluasa di kalangan orang asli Amerika, terutamanya di Amerika Tengah, Peru, dan Colombia.Emas telah lama dianggap sebagai logam yang paling berharga, dan nilainyatelah digunakan sebagai piawai untuk banyak matawang dalam sejarah.Emas telah digunakan sebagai simbol ketulenan, nilai tinggi,kedaulatan, dan lebih-lebih lagi peranan yang mengaitkan sifat-sifat tersebut .Matlamat utama ahli alkimia adalah untuk menghasilkan emas daripada bahan yang lain, seperti karbon kemungkinan melalui tindak balas dengan sejenis bahan dongengan yang digelar philosopher's stone. Meskipun usaha mereka tidak pernah mendapat hasil, namun ahli alkimia telah menaikkan keminatan terhadap bidang melibatkan unsur, yang menjadi asas kepada bidang kimia masa kini. Simbol mereka untuk emas ialah bulatan dengan titik di tengah-tengah, yang merupakan simbol matahari dalam bidang astrologi.Pada kurunke-19, perpindahan secara beramai-ramai disebabkan penemuan emas berlaku bila-bila sahaja longgokan emas dijumpai, termasuklah diCalifornia, Colorado, Otago, Australia, Black Hills, dan perpindahan beramai-ramai Klondike.